oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 6 Ogos dalam tahun 1882,
Baginda mula digelar DYMM Sultan, Ahmad Al-Muazam Shah. Permaisuri baginda Tuan Besar Wan Fatimah
yang bergelar Cik Puan Bongsu pula diberi gelaran DYMM Tengku Ampuan
Pahang. Manakala puteri-puteri baginda
yang bergelar Wan dan Tuan diganti dengan panggilan Tengku. Pada 12 Disember 1884, istiadat pemakaian
secara rasmi gelaran Sultan telah diadakan. Dengan pertabalan gelaran Sultan,
Bendahara Wan Ahmad merupakan keturunan Bendahara yang mula-mula sekali memakai
gelaran DYMM Sultan Pahang. Pihak
Inggeris hanya mengiktiraf pemakaian gelaran ini oleh Bendahara Wan Ahmad pada
tahun 1887. Sultan Ahmad memerintah Pahang dari tahun 1863. Sebelum dari ini telah berlaku satu perang
saudara di antara baginda dan kekandanya Wan Mutahir akibat perebutan kuasa. Peperangan ini telah berlarutan sehingga 6
tahun, di mana Wan Mutahir tewas dan melarikan diri ke Tanjung Teja bersama
anaknya Wan Koris. Dalam pelarian
tersebut, Wan Koris telah mangat di Kuala Pahang dan Wan Mutahir mangkat di
Kuala Sedeli. Sultan Ahmad telah memerintah negeri Pahang selama 51 tahun iaitu
dari tahun 1863 hingga 1882 sebagai Bendahara dan dari tahun 1882 hingga 1914
sebagai Sultan Pahang. Baginda mangkat pada 9hb Mei 1914 dan digantikan oleh
Puteranya Tengku Mahmud sebagai Sultan Pahang kedua.
sumber foto-http://akuanakpahang.blogspot.com/
SUMBER-http://www.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment