PEMAIN Tottenham, Erik Lamela
(dua dari kanan) bertelagah dengan pemain Manchester United, Daley Blind dan
Darren Staples (kanan) pada aksi Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford,
sebentar tadi. - Foto REUTERS MANCHESTER: Manchester United mengutip mata penuh
pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2015/2016
selepas menundukkan Tottenham Hotspur, 1-0 di Old Trafford, di sini, sebentar
tadi. Gol kemenangan itu adalah jaringan sendiri oleh pertahanan skuad Spurs,
Kyle Walker pada minit ke-22. Ia berpunca daripada tindakan pemain itu cuba
menghalang kapten United, Wayne Rooney daripada melakukan rembatan ke atas
hantaran lintang Juan Mata di depan gawang.
Penjaga gol Spur, Michel Vorm
tidak mampu untuk menepis jaringan itu untuk sekali gus menyaksikan puluhan
ribu penyokong United di Old Trafford menjerit kegembiraan. Apabila saingan
separuh masa kedua disambung semula, Spurs cuba bangkit untuk memadam kelebihan
tuan rumah termasuk melakukan beberapa gantian, namun Louis van Gaal tetap
ceria di penghujung saingan apabila keputusan kekal memihak mereka sebaik wisel
penamat dibunyikan pengadil. Dalam pertemuan kedua-dua pasukan di gelanggang
sama pada 15 Mac lalu, United catat kemenangan, 3-0.
SENARAI PEMAIN MANCHESTER
UNITED: Pengurus : Louis van Gaal Sergio Romero (gk), Memphis Depay, Juan Mata,
Wayne Rooney, Chris Smalling, Michael Carrick, Daley Blind, Ashley Young, Luke
Shaw, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian. Simpanan: Javier Chicarito
Hernandez, Ander Herrera, Antonio Valencia, Bastian Schweinsteiger, Paddy
McNair, Andreas Pereira, Sam Johnstone (gk). Mason for Bentaleb TOTTENHAM
HOTSPUR Pengurus: Mauricio Pochettino Michel Vorm, Kyle Walker, Toby
Alderweireld, Jan Vertonghen (c), Ben Davies, Nabil Bentaleb Dier, Nacer
Chadli, Christian Eriksen, Mousa Dembele, Harry Kane Simpan: Erik Lamela,
Kieran Trippier, Tom Carroll, Kevin Wimmer, Dele Alli, Hugo Lloris dan Ryan
Mason
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/73359
No comments:
Post a Comment