Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Gerakan Islah Islamiah/
Pemulihan di Timur Tengah.
Gerakan ini dipelopori oleh
Syed Jamaluddin al-Afghani dan diteruskan oleh Syeikh Muhammad Abduh. Mereka
menggesa kaum muslimin agar berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Hadis.
Gerakan pemulihan Islam di Tanah Melayu
dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddindan Syed Syeikh al-Hadi. Pelajar Melayu
bersama Indonesia menerbitkan majalah Seruah Azhar (1925-1928) dan Pilihan
Timur (1927-1928). Majalah ini mengecam pihak penjajah di Tanah Melayu dan
Indonesia.
2.Gerakan Pan Islamisme.
Memperjuangkan penyatuan dunia
Islam di bawah naungan Empayar Turki bagi menentang perluasan kuasa Barat.[1]
3.Gerakan Turki Muda.
Gerakan Turki Muda dipimpin
oleh Mustapha Kamal berusaha untuk memodenkan negara Turki. Gerakan ini memberi
ilham kepada orang Melayu untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.Gerakan
ini merangsang semangat golongan muda di Tanah Melayu untuk memperhebatkan
perjuangan mereka.Parti politik pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda
pada tahun 1938.
4.Perang Rusia-Jepun 1904-1905
Kemenangan Jepun dalam Perang
Rusia-Jepun 1904-1905 memberi ilham kepada orang Asia untuk mencabar orang
Barat.Ini membuktikan sebuah negara boleh menjadi kuat melalui kemajuan
pendidikan dan teknologi.
5.Pengaruh Gerakan Politik di
Indonesia.
Ada tiga sebab mengapa
perkembangan di Indonesia begitu kuat mempengaruhi gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu. Pertama Indonesia negara jiran yang paling hampir dan segala
peristiwa yang berlaku di negara itu mudah tersebar ke Tanah Melayu. Kedua
Indonesia dan Malaysia sedang berusaha membebaskan diri dari belenggu
penjajahan Belanda di Indonesia dan British di Tanah Melayu. Ketiga pertalian
antara kedua-dua negara dieratkan lagi oleh ikatan serumpun iaitu persamaan
dari segi bahasa, budaya, adat dan agama.
Perkembangan di Indonesia telah menarik
perhatian golongan terpelajar di Tanah Melayu terutama di Maktab Perguruan
Sultan Idris, Tanjung Malim seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang
kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda, KMM pada tahun 1937.
Kefahaman mereka tentang perkembangan
politik di Indonesia ditambah lagi melalui pembacaan buku-buku dan majalah yang dibawa masuk daripada negara
tersebut.Ia telah menyebabkan kebangkitan kesedaran nasionalisme pada tahap
awal di Tanah Melayu lebih banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis di
Indonesia.[2]
6.Perkembangan di China
Pada tahun 1894, satu gerakan
revolusi dimulakan di China oleh Dr Sun Yat Sen. Gerakan ini bertujuan untuk
mengasas sebuah Republik yang bercorak revolusi dan menggulingkan kerajaan
Manchu. Gerakan revolusioner ini berjaya menarik minat orang Cina di seberang
laut hingga mendorong kepada penubuhan beberapa cawangan Teng Meng Hui termasuk
di Tanah Melayu dan Singapura.
7.Perkembangan di India
Perjuangan nasionalis di India
juga turut memberi dorongan kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pada
tahun 1885, Parti Kongres Kebangsaan India ditubuhkan oleh sekumpulan orang
India yang berpendidikan. Parti Kongres pada peringkat awal bersifat sederhana,
kemudian berubah menjadi anti-British dan mengambil langkah yang agak keras seperti
memulau barangan buatan England. Tindakan golongan nasionalis India ini diikuti
oleh nasionalis di Tanah Melayu. Mahatma Ghandi menjadi tokoh yang dikagumi
oleh nasionalis di Asia Tenggara. Kepimpinan Ghandi menjadi ilham dan dorongan
kepada nasionalis di Tanah Melayu.[3]
No comments:
Post a Comment