MAHALI Jasuli dan isterinya,
Haliesah Rusman. - Foto ihsan WunderClique KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul
Ta'zim, (JDT), Mahali Jasuli menamatkan zaman bujangnya semalam. Mahali, 26,
yang menyertai JDT sejak Mac 2012 berkahwin dengan tunangnya, Haliesah Rusman.
Pengumuman mengenai perkahwinan pemain ini disiarkan oleh laman web rasmi JDT,
Johor Southern Tigers, menerusi entri terbaharunya. "Ucapan Selamat
Pengantin Baru kepada pemain pasukan Johor Darul Ta'zim, Mahali Bin Jasuli dan
pasangannya Haliesah Binti Rusman
"Semoga ikatan perkahwinan yang telah
termeterai ini pada 2hb Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436H diberkati dan
dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang usia.
"Ucapan ikhlas daripada semua para pemain pasukan JDT, pihak pengurusan
dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan Southern Tigers serta
seluruh penyokong Harimau Selatan,". Selain ucapan di atas, laman web
berkenaan turun menyiarkan sekeping gambar pasangan mempelai berkenaan.
SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/72056
No comments:
Post a Comment