Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI,
MUHAMMAD RIDUAN HANAFIAH, ZURAINI MOHD. KHALID dan NOR AZURIN ALI
BARISAN kapten pasukan yang
menyertai kempen Piala Malaysia musim 2015 pada majlis undian di Petaling Jaya
semalam.
JIKA pemerhati bola sepak
menganggap Kumpulan C adalah ‘kumpulan maut’ yang menempatkan Selangor, Felda
United, Kelantan dan T-Team, maka mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan
status Kumpulan B adalah ‘kumpulan paling panas’ dalam sejarah Piala Malaysia.
Ini kerana tiga daripada empat
pasukan dalam Kumpulan B iaitu Johor Darul Takzim (Johor DT), Perak, Sarawak
tidak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki rekod yang tidak baik
melibatkan penyokong-penyokong tegar berdasarkan pertemuan lalu antara
ketiga-tiga pasukan ini dalam aksi Liga Super.
Pelbagai kontroversi berlaku
melibatkan aksi Johor DT, Perak dan Sarawak apabila berlaku kekecohan serta
babak-babak yang tidak sihat sehingga mengancam keselamatan penyokong-penyokong
terbabit.
Bimbang kejadian buruk
berulang, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan
Ahmad Shah (gambar)berharap peminat-peminat ketiga-tiga pasukan ini dapat
mengamalkan semangat profesional serta kesukanan tinggi bagi memastikan
keharmonian Piala Malaysia terus dipelihara.
Titah Tengku Abdullah, baginda
enggan lagi mendengar laporan-laporan sehingga melibatkan soal keselamatan
penyokong-penyokong sebagaimana baginda menyifatkan bola sepak adalah sukan
menyatukan masyarakat.
“Saya berharap kali ini
(persaingan Kumpulan B) tidak bergaduh. Kita berharap janganlah siapa-siapa
bergaduh lagi. Jangan terlalu emosional. Kita seharusnya menikmati bola sepak.
“Sepatutnya selepas aksi 90
minit, kita semua balik dengan selamat dan terima keputusan itu dengan baik.
Janganlah sampai bergaduh. Saya dah nyatakan perkara ini beberapa kali dan
harapan saya, janganlah bergaduh.
“Berbalik kepada undian, saya
melihat undian Kumpulan C seperti ‘kumpulan maut’ tetapi itu hanyalah pandangan
saya sendiri sahaja,” titah baginda pada sidang akhbar selepas majlis undian
Piala Malaysia 2015 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.
Dalam perkembangan lain, Tengku
Abdullah tidak melihat slot Liga Super 2016 akan bertambah kepada 16 pasukan
apabila baginda menjelaskan, 12 pasukan kekal beraksi seperti biasa dalam liga
divisyen nombor satu negara itu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3k7SkRtDe
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment