Oleh WAN NOR ZURAIHAH WAN ALI
PENGENDALI Johor Darul Takzim
(Johor DT), Mario Gomez puas selepas skuad kendaliannya itu berjaya membawa
pulang tiga mata berharga apabila menewaskan Sarawak 2-0 pada aksi Liga Super
di Stadium Negeri di Kuching malam kelmarin.
Menurut jurulatih kelahiran
Argentina itu, skuad Harimau Selatan telah mempamerkan rentak permainan
cemerlang dengan mempelbagaikan gaya serangan dalam usaha untuk memusnahkan
impian pasukan lawan.
“Ia merupakan satu kemajuan
yang bagus dan mereka juga menunjukkan komunikasi yang baik antara satu sama
lain.
“Meskipun masa latihan agak
singkat menjelang aksi seterusnya, namun kita boleh turun dengan kapasiti penuh
memandangkan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam pasukan ketika ini,”
ujarnya ketika dihubungi semalam.
Pada aksi malam kelmarin,
gol-gol Johor DT dihasilkan oleh Amri Yahyah (m-64)dan Luciano Figueroa pada
minit-minit terakhir perlawanan yang disaksikan kira-kira 10,000 penyokong
setia skuad Bujang Senang.
Pada perlawanan tersebut,
Sarawak terlebih dahulu menguji kubu pertahanan Johor DT yang dikawal Farizal
Marlias menerusi rembatan pemain tengah mereka, Ivan Fatic dari luar kotak
penalti, namun ia tidak menepati sasaran.
Memasuki babak kedua, Johor DT
mula menunjukkan karakter sebenar selaku juara bertahan Liga Super dengan
melancarkan serangan bertali arus ke kubu Sarawak yang berakhir dengan
kesudahan pasukan pelawat menang 2-0.
Johor DT kini berada di tangga
kedua liga dengan 34 mata manakala Pahang kekal menerajui liga dengan kelebihan
dua mata dan Perak di tempat ketiga (27 mata).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz3hlFZNfyc
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment