COURTOIS (kiri) dilayangkan kad
merah pada awal babak kedua permainan kerana didakwa mengasari Gomis ketika
Chelsea terikat 2-2 menentang Swansea awal pagi semalam.
LONDON – Jurulatih Chelsea,
Jose Mourinho enggan mempersoalkan keputusan pengadil Michael Oliver yang
mengarahkan penjaga golnya, Thibaut Courtois untuk keluar padang, sebaliknya
mengakui layangan kad merah tersebut mengubah perlawanan itu dengan
serta-merta.
Courtois dilayangkan kad merah
pada awal babak kedua kerana menjatuhkan penyerang Swansea, Bafetimbi Gomis
dalam kotak penalti sebelum penyerang berkenaan menyempurnakan sepakan
penalti tersebut untuk mengikat The Blues 2-2.
Mourinho enggan mengulas sama
ada tindakan Oliver itu tepat atau tidak tetapi menegaskan, kad merah tersebut
telah menyemarakkan lagi semangat juang anak-anak buahnya itu.
“Kami bermain dengan sangat
baik sehinggalah terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Pada separuh masa pertama,
kami pamerkan aksi yang cukup berkualiti. Kami juga beraksi dengan baik ketika
bermain dengan 10 orang untuk tempoh yang sangat lama.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3iQd45YsR
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment