OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
SOALAN STPM PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum
tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai kesan tehadap aspek politik,
sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan
tersebut.
3. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan
oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN
PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Kegiatan ekonomi di Tanah
Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2.Analisiskan sebab-sebab
berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh pemimpin tempatan di
Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3.Bincangkan usaha yang telah
dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an.
SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL
3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Bincangkan peranan
undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu
sebelum campur tangan British.
2.“ Selain daripada beberapa
faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan mempengaruhi British untuk
menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.” Bincangkan
pernyataan tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan
di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.
SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN
PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Terangkan susun lapis
masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2.Bincangkan faktor-faktor yang
menyekat penguasaan British di Johor sehingga tahun 1914.
3.Analisiskan rancangan
pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957
hingga tahun 1963.
No comments:
Post a Comment