Ad

Thursday, 6 August 2015

Cools dalam radar FAM


 

’-Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
COOLS teruja untuk menyarung jersi Malaysia andai tidak disenaraikan bersama skuad senior Belgium.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang berusaha mengumpul data tiga pemain kacukan Malaysia termasuk pemain pertahanan muda, Dion Johans Cools untuk dibawa masuk ke skuad Harimau Malaya.

Perkara tersebut didedahkan oleh sumber rapat badan induk persatuan berkenaan yang mengakui, Cools yang beraksi bersama kelab Brugge di Belgium kini berada dalam perancangan FAM tetapi identiti dua lagi pemain terpaksa dirahsiakan ekoran beberapa faktor lain.

Jelas sumber itu, FAM merancang untuk membawa ketiga-tiga pemain kacukan ini termasuk Cools yang memiliki kerakyatan Malaysia kerana pemain berusia 19 tahun ini dilahirkan di Miri, Sarawak dalam misi memperkuatkan skuad kendalian Dollah Salleh.

“Cools berada dalam pemerhatian FAM. Kita berhajat untuk membawa tiga pemain kacukan yang kini beraksi bersama kelab mereka di Eropah.

“Jika dilihat, usaha FAM ini bukan satu tindakan buruk (dengan mengambil pemain naturalisasi sepenuhnya) kerana mereka masih mementingkan sentimen kerakyatan yang mana Cools masih memiliki ‘darah’ Malaysia kerana dia dilahirkan di Sarawak.

“Apa yang pasti, FAM giat untuk mencari lagi pemain-pemain kacukan dan memiliki kerakyatan Malaysia yang berpotensi tinggi.

“Sebenarnya, kita memiliki pemain-pemain muda yang mampu mengembangkan skuad negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, ramai pemerhati mencadangkan sudah tiba masanya buat FAM untuk mengambil pemain-pemain naturalisasi selepas menyaksikan kejayaan cemerlang skuad Pilihan Malaysia mengikat Liverpool 1-1 pada aksi pemanas badan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Julai lalu.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak menyokong kaedah itu kerana beliau percaya bola sepak seharusnya menumpukan program akar umbi selain menegaskan, pengambilan pemain naturalisasi mencemarkan maruah negara.

Dalam perkembangan sama, Cools yang dipetik majalah sukan terkemuka, FourFourTwo berkata, dia tidak menolak jika diberikan peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Cools yang memulakan karier bola sepak dengan kelab Belgium, Tempo Overijse ketika berusia sembilan tahun teruja untuk bersama pasukan bimbingan Dollah jika Belgium tidak menyenaraikannya ke dalam skuad senior.

“Saya pernah bertanya kepada keluarga jika ada peluang untuk beraksi di sana (Malaysia) tetapi saya perlu menimba ilmu lebih di Belgium sebelum bersedia beraksi di Malaysia.

“(Jika skuad senior Belgium tidak menghubungi), ia adalah menjadi satu penghormatan (untuk mewakili skuad Harimau Malaya),” katanya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3i4gWiUVa Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment