Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari
ini 6 Ogos dalam tahun 1939,
Kongres Melayu Se Tanah
Melayu telah diadakan
di Kuala Lumpur.
Persidangan yang julung-julung
kalinya diadakan ini telah
berjaya menghimpunkan Persatuan-Persatuan Melayu
dari seluruh Tanah
Melayu. Penubuhan Maktab
Sultan Idris Tanjung
Malim pada tahun
1922 telah berjaya
melahirkan ramai pemimpin-pemimpin dikalangan
orang-orang Melayu, dan
telah menjadi pemangkin
kepada munculnya Persatuan –Persatuan Melayu
yang bersifat politik
dan kebangsaan pada
tahun 30an. Antara
persatuan-persatuan Melayu yang telah
ditubuhkan ialah Persatuan
Sahabat Pena Melayu
(PASPAM) pada tahun
1934 diikuti dengan
Kesatuan Melayu Muda
(KMM) pada tahun
1937. Kongres ini dilangsungkan
atas daya usaha
Tengku Ismail bin
Tengku Mohd. Yasin,
Yang Dipertua Persatuan
Melayu Selangor dengan tujuan
untuk mempersekutukan Persatuan-persatuan Melayu
yang wujud pada
ketika itu. Kongres
Melayu Pertama ini,
telah dihadiri oleh enam
buah Persatuan di antaranya
Persatuan Melayu Singapura,
Pahang, Negeri Sembilan,
dan Seberang Perai.
Sesungguhnya, Kongres yang
pertama kali diadakan
ini telah menjadi
pencetus kepada kebangkitan
kesedaran kebangsaan orang-orang
Melayu untuk memerdekakan
tanahair daripada cengkaman
penjajahan.
SUMBER
No comments:
Post a Comment