KHAMIS, 6 OGOS 2015 @ 6:33 PM
KUALA LUMPUR: Ringgit jatuh ke
paras terendah dalam tempoh 17 tahun, diseret turun oleh isu domestik dan
penyusutan harga komoditi, kata kalangan peniaga mata wang. Pada jam 5 petang,
ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 bagi satu AS$1 daripada 3.8760/8790 pada
penutupan semalam. Ringgit susut sebanyak 0.4 peratus kepada 3.8935, paras
terendah sejak 2 September 1998, sehari sebelum mata wang tempatan itu ditambat
pada kadar tetap dengan dolar AS pada 3.8000.
Peniaga mata wang di Capital Advisors,
Justin Herling, berkata penyusutan harga minyak ditokok dengan masalah ekonomi
China turut menyumbang kepada penurunan nilai ringgit. Ringgit juga diniagakan
rendah berbanding mata wang utama lain. Ia susut berbanding dolar Singapura
kepada 2.8140/8166 daripada 2.7986/7027 semalam, susut berbanding yen kepada
3.1231/1266 daripada 3.1160/1092 semalam. Ia juga susut berbanding euro kepada
4.2461/2501 daripada 4.2082/2122 semalam dan rendah berbanding pound sterling
kepada 6.0871/0938 daripada 6.0392 semalam. - BERNAMA PADA jam 5 petang,
ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 bagi satu AS$1 daripada 3.8760/8790 pada
penutupan semalam. - Foto hiasan
SUMBER :
http://www.bharian.com.my/node/72818
No comments:
Post a Comment