Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil Pembelajaran-Menjelaskan
ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersial di Indonesia pada abad
ke-19.
1.a.Ciri-ciri ekonomi tradisional di Indonesia
1.Pertanian secara sara diri
untuk keperluan keluarga.
2.Penggunaan teknologi
pertanian secara tradisional.
3.Tanah dikuasai oleh tuan
tanah.
4.Kawasan penanaman yang
terhad dan menggunakan buruh keluarga.
5.Penggunaan modal yang kecil
dan terhad.
6.Aktiviti ekonomi tradisional
seperti pertanian tradisional, ternakan, perikanan, memburu binatang, mencari
hasil hutan, kraftangandan sistem barter.
Ekonomi Sara Diri
Pertanian
Kegiatan ekonomi yang utama di
Indonesia ialah penanaman padi. Padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar,
Iembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang diteres.Penanaman padi sawah
diusahakan secara giat di Pulau Jawa dan Madura kerana kesuburan tanah dan
terdapat sistem pengairan. Padi sawah dituai pada bulan April setiap tahun
dengan menggunakan kaedah primitif.
Selain penanaman padi sawah,
padi huma atau padi bukit juga ditanam oleh masyarakat peribumi Indonesia. Padi
ini ditanam di kawasan Timur Jawa yang lebih kering dan di lereng bukit yang
tinggi.Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitif, iaitu tebang
dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran
hutan akan dilakukan sebanyak tiga kali untuk memastikan kesuburan tanah.
Penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama dua hingga tiga tahun di atas
kawasan yang sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan
melakukan kaedah yang sama.
Selain tanaman padi huma,
tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi juga ditanam untuk
menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai bahan makanan
dalam ekonomi sara diri Jagung ditanam di Madura, Jawa Timur, dan Sumatera.
Tanaman ini diperkenalkan oleh Portugis pada abad yang ke-16.
Masyarakat Indonesia juga menanam tebu
dan kelapa. Tebu ditanam di wilayah Cheribon, dataran Pantai utara, bahagian
Tengah Jawa, Jogjakarta dan Surakarta.
Kelapa terdapat di seluruh
pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi,
hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.Masyarakat peribumi Indonesia menanam
rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan kayu cendana. Bunga cengkih
banyak ditanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di Pulau Bonda, dan kayu
cendana di Pulau Timur.
Perusahaan
Perusahaan batik diusahakan
oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik dijalankan secara
kecil-kecilan di Jawa Tengah. Aktiviti ini dilakukan sebelum musim menuai padi
dan musim memungut hasil tanaman.
Masyarakat Jawa menghasilkan corak batik
yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan dan
sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan diajar oleh
ibu kepada anak perempuan mereka.[1]
b.Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia.
Ekonomi komersial merujuk
kepada kegiatan ekonomi yang tidak hanya terhad kepada memenuhi keperluan hidup
sahaja. Akan tetapi ia merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan secara
besar-besaran sehingga menjadi asas kepada pertukaran dan penjualan barangan.[2]
Menanam tanaman ekspot.
Kedatangan penjajah Belanda
telah membawa kemerosotan ekonomi tradisional kerana Belanda mengutamakan
tanaman ekspot. Pada tahun 1830-180 Gabenor Jeneral Belanda, Baron Van Den
Bocsh memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa. Pada peringkat awal tanaman jualan
bertumpu kepada tebu dan nila.Kemudian diperluaskan kepada tanaman kopi,
tembakau, teh, pencelup, kapas,rempah dan kulit kayu manis. Sistem Tanaman
Paksa telah memberi keuntungan yang lumayan kepada kerajaan Belanda.
Pengenalan sistem ekonomi wang.
Pengenalan sistem ekonomi
komersial di Indonesia telah membawa kepada wujudnya sistem ekonomi wang.
Perkembangan industri gula bukan hanya melibatkan masyarakat tempatan Pulau
Jawa sahaja, malah telah membawa masuk ramai tenaga buruh dari pulau-pulau lain
di Indonesia.
Peluasan ekonomi komersial telah menarik
kemasukan pelabur asing dan pemodal swasta ke Indonesia agi membuka
ladang-ladang bagi menanam tanaman ekspot. Golongan petani dan buruh-buruh
ladang mula dibayar upah dalam bentuk wang oleh pengusaha ladang dan kilang
milik swasta. Kemudahan kredit turut disediakan dengan tertubuhnya Bank Tunai
Desa pada tahun 1904 bagi melindungi peminjam-peminjam wang dan mencegah
merekadaripada ke pajak gadai atau
dieksploitasi oleh orang tengah.[3]
Peguasaan ekonomi
oleh Pengusaha Eropah dan China.
Melalui Sistem Tanaman Paksa ,
kerajaan Belanda memberi hak kepada orang Cina yang bertindak sebagai orang
tengah bagi mengutip cukai dan membeli hasil tanaman ekspot daripada petani
dengan harga yang telah ditetapkan melalui ‘dasar beli murah, jual mahal’.
Orang Cina bertindak menindas petani dengan memberi kemudahan pinjaman wang
dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.Pengusaha swasta dari Eropah pula
turut menindas petani dengan bekerja di kilang-kilang milik syarikat swasta dengan
bayaran gaji yang sangat minimum.[4]
Perdagangan
Masyarakat peribumi Indonesia
juga menjalankan perdagangan secara kecil-kecilan.
Perdagangan ini berlaku antara
kawasan pedalaman dengan kawasan pantai di pelabuhan.
Pedagang-pedagang Jawa dan
pedagang kecil membawa barangan seperti garam, periuk, belanga, kain, dan
rempah ke kawasan pedalaman dan membawa hasil kampung seperti barangan makanan
ke pelabuhan. Garam merupakan bahan urus niaga yang agak penting bagi masyarakat
peribumi Indonesia yang tinggal di kampung. Pemprosesan garam dilakukan di
Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur.
Garam dihasilkan melalui
sejatan daripada kuali-kuali garam besar yang dibina di sepanjang pantai.Garam
ini diperdagangkan oleh saudagar Cina ke kampung di pedalamanIndonesia.
Saudagar Cina bertindak sebagai orang tengah dalam perniagaan garam di
Indonesia. Perusahaan tradisional seperti membuat alatan rumah, genting, batu
bata dan alat-alat dari besi juga merupakan kegiatan ekonomi masyarakat
peribumi. Produk yang dihasilkan sama ada melalui tempahan atau petukang akan
menjualnya di pasar. Aktiviti perdagangan turut mempengaruhi aktiviti ekonomi
lain, iaitu pertanian dan perlombongan.[5]
[1] Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2013),299
[2]S.B.Teoh,
Norizan Yusoff,Nurul Huda Md Yusop, Sejarah STPM Penggal 3,(Shah Alam: SAP
Publication (M) Sdn.Bhd.,2014) ,241.
[3]Ibid,246.
[4]Ibid.
[5]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),298.
No comments:
Post a Comment