PEMAIN Kelantan kini boleh memberi tumpuan penuh kepada saingan Liga M selepas semua tunggakan gaji selesai semalam. – Utusan/SHIDDIEQIIN ZON
Oleh YATIMIN ABDULLAH
19 September 2020, 10:00 am
KOTA BHARU: Norizam Tukiman membuktikan beliau bukan ‘bercakap kosong’ apabila melunaskan semua hutang The Red Warriors (TRW) meskipun baru tiga minggu menjadi pemilik pasukan. Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan Norizam atau Zamsaham untuk mengembalikan semula reputasi TRW sebagai gergasi bola sepak tempatan selepas mengambil alih pasukan awal bulan ini. Secara keseluruhan, beliau mengeluarkan RM3.6 juta untuk membayar hutang. SUMBER-SUKAN UM ONLINE
No comments:
Post a Comment