Ad

Thursday, 17 September 2020

Keluarga angkat Luqman nak belajar masakan Malaysia [VIDEO]

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

KELUARGA angkat penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang juga rakyat Belgium mengakui teruja untuk belajar masakan Malaysia.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh kelabnya, KV Kortrijk (KVK), keluarga angkat Luqman yang dikenali sebagai Arnout sudah membeli dua buku masakan Malaysia sebaik terpilih oleh KVK untuk menjadi keluarga angkat.

Kata Arnout, dia amat teruja menyambut kehadiran Luqman yang dianggap permata baharu kelab KVK.

"Apabila saya tahu mereka (KVK) sedang mencari keluarga angkat, saya terus menghubungi kelab kerana saya adalah penyokong kuat KVK.

"Saya rasa sangat teruja untuk memiliki pemain menjalani kehidupan di rumah saya.

"Selain itu saya juga mahu belajar memasak masakan Malaysia kerana saya memang suka memasak. Saya sudah beli dua buah buku masakan makanan Malaysia dan ia satu penemuan yang hebat," katanya.

Luqman yang turut berada dalam video itu dilihat gembira dan selesa tinggal bersama keluarga baharunya itu.

Malah, video baharu yang dimuatnaik oleh rakan sepasukan Luqman dilaman sosial beberapa jam kemudian, menyaksikan Luqman menjalani latihan di gimnasium dengan bersemangat.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 6:48 PM

No comments:

Post a Comment