MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.myKEHILANGAN pemain naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh daripada kem Pahang berpunca daripada kegagalan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membayar gaji pemain sejak awal tahun ini.
Menurut sumber, PBNP sebelum ini gagal membayar gaji pemain selama beberapa bulan yang akhirnya menyaksikan segelintir pemain skuad Tok Gajah mula bengang.
Antara pemain yang bertindak drastik adalah Sumareh apabila pemain kelahiran Gambia itu menggunapakai klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya dengan Pahang.Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih boleh memohon untuk menamatkan kontrak di mana pasukan dengan jelas melakukan kesalahan pecah kontrak.
"Sebenarnya isu Sumareh disebabkan oleh tunggakan gaji sebelum ini. Dia menggunakan klausa 8.7 untuk keluar daripada pasukan. Jadi apa yang dilakukan Sumareh adalah betul dan tepat dari segi peraturan.''Tetapi mungkin dari segi ikatan hubungannya dengan PBNP seolah nampak tidak manis. Ialah selama ini PBNP yang banyak membantu dia terutama dalam dapatkan taraf naturalisasi," katanya kepada Arena Metro.
Klausa ini bukan pertama kali digunakan pemain tempatan apabila berhadapan dengan isu tunggakan gaji bersama pasukan masing-masing.
Contohnya musim lalu, bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya menghantar surat kepada majikannya Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) untuk memohon dilepaskan sambil menuntut gajinya dibayar.
Piya dilaporkan menghantar surat berkenaan kerana Kafa melanggar Klausa 8.7 yang terdapat dalam kontrak pemain bola sepak yang ditandatangani bersama.
Selain itu, bekas ketua pasukan Melaka United musim lalu, Shukor Adan juga pernah menggunakan klausa sama apabila enggan turun bermain dalam salah satu aksi Piala Malaysia ekoran masalah tunggakan gaji.
Sebelum ini, kecoh apabila tonggak utama Pahang itu tidak kelihatan menjalani latihan bersama skuad kendalian Dollah Salleh sejak sebulan lalu sekali gus mencetuskan persoalan ke mana perginya pemain naturalisasi pertama negara itu.
AUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 11:45 PM
No comments:
Post a Comment