Ad

Tuesday, 15 September 2020

Police Tero destinasi sementara Sumareh

MyMetroArena



BERNAMA

KEPUTUSAN pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh menyertai kelab Liga Thailand Police Tero FC, mungkin satu persinggahan sementara sebelum menyertai pasukan seterusnya, menurut legenda bola sepak tanah air, Khalid Ali.

Penghijrahan ke Police Tero itu disifatkan Khalid sebagai suatu 'tempoh bertenang' selepas Sumareh, 25, menamatkan kontrak bersama Pahang secara mengejut, sekali gus meninggalkan pasukan itu dalam keadaan penuh kontroversi.

Khalid berkata tindakan Sumareh menamatkan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) itu menjadikan beliau bebas memilih pasukan baharunya, selain membolehkan mana-mana pasukan menyambarnya tanpa membayar yuran perpindahan antara kelab.

Melihat kepada kemelut itu, Khalid merasakan terdapat perancangan tersusun di sebalik tindakan berani Sumareh meninggalkan pasukan, yang bertanggungjawab menaturalisasikan beliau.

Sumareh serta kelab Liga Thailand, Police Tero F

"Saya tidak mahu menunding jari, tetapi ini mungkin satu strategi yang rapi," katanya.

"Ini cara beliau beralih ke pasukan lain, kita panggil 'cooling period'. Perpindahan beliau ke Thailand bersifat sementara dan selepas tamat tempoh bertenang itu, beliau akan kembali bermain dengan pasukan diidami.

"Kemungkinan ini bukan perancangan Sumareh, tetapi ia adalah satu taktik untuk beliau (Sumareh) dapat bermain dengan pasukan, yang mungkin telah berunding dengannya," tambah bintang era 80-an itu.

Perpindahan Sumareh ke Thailand pada 7 September lalu hanya berlaku dalam tempoh dua minggu, selepas jurulatih Pahang, Dollah Salleh mendedahkan Sumareh tidak menjalani sesi latihan berpasukan selama sebulan, sejak awal Ogos lepas.

Sumareh yang mempunyai baki kontrak sehingga 2022 bersama Pahang, turut tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super membabitkan negeri itu sebaik saingan Liga Malaysia bersambung pada 28 Ogos.

Media sebelum ini melaporkan kemelut antara Sumareh dan PBNP didakwa berpunca daripada kegagalan PBNP membayar gaji pemain itu, sekali gus menyaksikan beliau membuat tuntutan sehingga lebih RM1 juta ke atas Pahang, menerusi peguamnya yang berpangkalan di Switzerland.SUMBER-Melihat dalam konteks masalah pembayaran gaji pemain, Khalid yang juga bekas pemain Selangor mengakui, setiap pemain mempunyai impian beraksi bersama pasukan yang mampu menjamin masa depannya.

"Sebagai pemain bola sepak, saya lebih suka bermain dengan pasukan yang boleh memberi saya satu masa depan yang baik," jelas Khalid.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 6:39 PM

No comments:

Post a Comment