Ad

Friday, 14 May 2021

20 gajah mati dipanah petir

DUNIA RAGAM GLOBAL TERKINI



Gajah yang ditemui mati di Assam akibat renjatan elektrik pada 2014. - AFP

20 gajah mati dipanah petir

Oleh KOSMO!

14 Mei 2021, 4:30 pm

NEW DELHI – Hampir 20 ekor gajah di daerah Nagaoan, negeri Assam di India mati akibat dipanah petir, demikian menurut pemeriksa yang melihat kematian haiwan tersebut.

Pegawai-pegawai perhutanan Asam menemui bangkai 18 ekor gajah itu bergelimpangan dalam dua kumpulan berasingan, lapor akhbar Daily Mail.

Mereka mengesyaki haiwan tersebut mati semasa ribut melanda kawasan itu baru-baru ini.

Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma dalam satu kenyataan meluahkan rasa sedih atas kematian gajah di negeri itu.

Empat bangkai gajah dijumpai di satu kawasan dan 14 yang lain di sebuah lokasi berbeza.

Siasatan awal menunjukkan gajah-gajah itu mati akibat panahan petir. Doktor haiwan telah dikejarkan ke tempat kejadian,” kata jurucakap abatan hutan negeri Assam, Amit Sahay.

India menjadi habitat kepada hampir 30,000 gajah atau sekitar 60 peratus populasi gajah liar Asia.

Gajah liar di Assam sering menjadi mangsa pemburuan haram, kemalangan berkaitan kereta api selain diracun dan terkena renjatan elektrik, demikian menurut media tempatan. – Agensi.1

No comments:

Post a Comment