Ad

Friday, 14 May 2021

Israel enggan bincang gencatan senjata

Agensi



TENTERA Israel membuat persiapan untuk tembakan artileri ke atas Tebing Gaza berhampiran bandar Sderot di Israel. FOTO AFP

Gaza: Delegasi Mesir yang mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel untuk membincangkan mengenai gencatan senjata menemui jalan buntu apabila tidak mencapai persetujuan Israel.

Sumber keselamatan Mesir memaklumkan agensi berita DPA, Israel menolak semua usaha perbincangan untuk memulakan gencatan senjata, termasuk untuk sementara waktu.

Menurut sumber berkenaan, Israel mahu memusnahkan keupayaan tentera Hamas serta menyasarkan beberapa pegawai kanan Hamas yang dikehendaki Israel sebelum memulakan perbincangan untuk gencatan senjata.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan, serangan udara dari Israel telah memusnahkan lebih 200 unit kediaman di Tebing Gaza, manakala 24 sekolah berdepan kerosakan.

Menurut unit Perhubungan Koordinasi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (OCHA), keadaan itu menyebabkan gangguan terhadap akses kepada air, kebersihan, penjagaan kesihatan dan maklum balas Covid-19.

Difahamkan, Loji Nyahgaram Air Laut Gaza Utara masih belum beroperasi sepenuhnya menyebabkan kira-kira 250,000 penduduk tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih.

Malah, 230,000 penduduk dari Gaza dan Khan Younis mendapat akses terhad terhadap air paip kerana bekalan tenaga dipotong selain kerosakan pada rangkaian bekalan.

Disiarkan pada: Mei 14, 2021 @ 7:42pm.1

1https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/705970/israel-enggan-bincang-gencatan-senjata

No comments:

Post a Comment