AFP
SALAH meraikan kejayaan meledakkan gol keempat Liverpool pada minit terakhir perlawanan. FOTO AFP
Manchester: Liverpool kembali menghidupkan peluang mereka untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan apabila melakar kemenangan 4-2 menewaskan Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi.
Barisan kendalian Jurgen Klopp masih perlu memenangi tiga perlawanan mereka bagi menjamin tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana namun berjaya melepasi halangan terbesar mereka dengan kemenangan pertama ke atas United sejak 2014.
Roberto Firmino meledakkan dua gol selepas Diogo Jota menyamakan kedudukan hasil jaringan pertama Bruno Fernandes buat tuan rumah.
Gol Marcus Rashford merapatkan kedudukan namun Mohamed Salah memastikan kemenangan penting pada minit terakhir untuk membawa Liverpool mara ke kedudukan kelima liga.
"Kami masih dalam perlawanan, masih dalam pemburuan. Itulah yang kami lakukan malam ini," kata Klopp.
"Ia penting. tanpa keputusan ini kami tidak boleh bercakap mengenainya."
Pertembungan antara dua kelab paling berjaya di England itu ditangguhkan 11 hari lalu ketika penyokong United menceroboh padang dan bergaduh dengan polis kerana bantahan terhadap pemilik kelab.
Tempat United dalam saingan utama kelab Eropah sudah terjamin walaupun mereka masih belum memastikan tempat kedua di belakang Manchester City.Disiarkan pada: Mei 14, 2021 @ 9:03am.1
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/705771/liverpool-tewaskan-united (diakses pada 14 Mei 2021)
No comments:
Post a Comment