Ad

Monday, 17 May 2021

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Cheng Hoe enggan terganggu penarikan diri Korea Utara

Oleh Muzaffar Musa 16 Mei 2021 637Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Cheng Hoe enggan terganggu penarikan diri Korea Utara

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, enggan terganggu dengan penarikan diri Korea Utara dalam kempen pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia sambil menegaskan bahawa dia dan pemainnya hanya akan menunggu keputusan rasmi daripada AFC dan kekal fokus kepada perlawanan yang akan dihadapi dalam saingan Kumpulan G.

Hari ini, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan penarikan diri Korea Utara daripada kempen itu, di mana ia difahamkan atas alasan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia.

Situasi itu mungkin menjejaskan setiap pasukan bertanding dan sebagai contoh buat skuad negara, dua keputusan menentang pasukan tercorot, Indonesia, mungkin tidak akan diambil kira, sekali gus menyaksikan pengurangan mata buat skuad kendalian Cheng Hoe itu, yang kini berada di tangga kedua dengan sembilan mata.

Bagaimanapun, Cheng Hoe mengambil pendekatan untuk menunggu keputusan rasmi yang akan dikeluarkan AFC dan enggan pasukannya terganggu dengan perkara itu.

"Buat masa ini, kami hanya perlu fokus kepada permainan kami," katanya kepada Astro Arena.

"Kami juga perlu menunggu keputusan daripada AFC dan sudah pasti penarikan diri Korea Utara ini boleh menjejaskan keyakinan dan mental kami.

"Tetapi buat masa ini, saya pasti fokus kami hanyalah untuk perlawanan yang akan dihadapi," katanya.1

_______________________________________________

1https://www.stadiumastro.com/sukan/bola-sepak/artikel/kelayakan-piala-dunia-piala-asia-cheng-hoe-enggan-terganggu-penarikan-diri-korea-utara/194411(diakses pada 17 Mei 2021)


No comments:

Post a Comment