Ad

Wednesday, 12 May 2021

Muhyiddin ucap tahniah kepada Pandelela raih pingat emas di kejohanan terjun dunia

Bernama

Mei 6, 2021 11:39 MYT

Muhyiddin ucap tahniah kepada Pandelela raih pingat emas di kejohanan terjun dunia

Muhyiddin berkata keringat dan komitmen Pandelela telah memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong yang meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita pada kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 di Jepun, semalam.

Muhyiddin menerusi ucapan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau berkata keringat dan komitmen Pandelela telah memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.

"Syabas! Anda kebanggaan Malaysia," kata Perdana Menteri.

Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.

BACA: Pandelela 'menyinari' skuad terjun di Piala Dunia FINA 2021

Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.

Terdahulu, pada saingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Caeli Mckay dari Kanada dengan 343.85 mata manakala Andrea Spendolini Siriex penerjun dari Britain, di tempat kedua dengan 336.00 mata.

Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos.1

No comments:

Post a Comment