Ad

Thursday, 13 May 2021

Safawi sedia rebut kesebelasan utama

 SUKAN



SAFAWI sedia bersaing untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai nanti.

Safawi sedia rebut kesebelasan utama

Oleh KOSMO!

12 Mei 2021, 12:55 pm

Oleh SUBKHI SUDARJI

BINTANG sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid sedia bersaing untuk mempertahankan posisi­nya dalam pasukan kebangsaan sebagai pemain sayap kanan meskipun ada beberapa pemain lain turut berpeluang menggalas tugas berkenaan.

Saingan di posisi sayap kini sengit dengan beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Arif Aiman dan Akhyar Rashid antara beberapa pemain yang boleh bermain di sayap kanan.

Bagi Safawi, permainan sudah semakin baik ketika ini malah menunjukkan pe­ningkatan positif selepas hampir sebulan berehat akibat kecede­raan lutut yang dialaminya dalam saingan Liga Super.

Keadaan saya sekarang ini semakin baik dan semua sedia maklum bahawa kecederaan lutut agak susah untuk pulih malah mengambil masa agak lama untuk baik.

Semua pemain sudah pasti akan berikan komitmen 100 peratus. Apabila bermain untuk JDT, saya akan berikan yang terbaik buat pasukan dan situasi itu sama dengan skuad kebangsaan.

Walau apa pun berlaku, posisi di sebelah kanan saya mahukan, saya tidak kisah siapa bermain di sebelah kanan nanti, namun perlulah beri 100 peratus komitmen,” katanya.

Pada masa sama, pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata, ketika ini setiap pemain perlu tolak sifat sombong selain membantu antara satu sama lain bagi mencari ke­serasian dalam pasukan.“Inilah masa pemain senior bantu mereka yang baru menyertai skuad kebangsaan dan seterus­nya kita boleh melihat persaingan di setiap posisi,” katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan akan dihimpunkan pada 16 Mei sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kuwait dan Bahrain.

Perlawanan persahabatan ini sebagai persiapan menghabiskan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.

Harimau Malaya kini menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).1

No comments:

Post a Comment