Safawi sedia rebut kesebelasan utama
Oleh KOSMO!
12 Mei 2021, 12:55 pm
Oleh SUBKHI SUDARJI
BINTANG sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid sedia bersaing untuk mempertahankan posisinya dalam pasukan kebangsaan sebagai pemain sayap kanan meskipun ada beberapa pemain lain turut berpeluang menggalas tugas berkenaan.
Saingan di posisi sayap kini sengit dengan beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Arif Aiman dan Akhyar Rashid antara beberapa pemain yang boleh bermain di sayap kanan.
Bagi Safawi, permainan sudah semakin baik ketika ini malah menunjukkan peningkatan positif selepas hampir sebulan berehat akibat kecederaan lutut yang dialaminya dalam saingan Liga Super.
“Keadaan saya sekarang ini semakin baik dan semua sedia maklum bahawa kecederaan lutut agak susah untuk pulih malah mengambil masa agak lama untuk baik.
“Semua pemain sudah pasti akan berikan komitmen 100 peratus. Apabila bermain untuk JDT, saya akan berikan yang terbaik buat pasukan dan situasi itu sama dengan skuad kebangsaan.
“Walau apa pun berlaku, posisi di sebelah kanan saya mahukan, saya tidak kisah siapa bermain di sebelah kanan nanti, namun perlulah beri 100 peratus komitmen,” katanya.
Pada masa sama, pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata, ketika ini setiap pemain perlu tolak sifat sombong selain membantu antara satu sama lain bagi mencari keserasian dalam pasukan.“Inilah masa pemain senior bantu mereka yang baru menyertai skuad kebangsaan dan seterusnya kita boleh melihat persaingan di setiap posisi,” katanya.
Sebagai rekod, skuad kebangsaan akan dihimpunkan pada 16 Mei sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kuwait dan Bahrain.
Perlawanan persahabatan ini sebagai persiapan menghabiskan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.
Harimau Malaya kini menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).1
Kelayakan Piala Dunia: Safawi akui perlu kerja keras buru kesebelasan utama
Oleh Muzaffar Musa 10 Mei 2021 999
Kelayakan Piala Dunia: Safawi akui perlu kerja keras buru kesebelasan utama
Bintang skuad negara, Safawi Rasid, mengakui perlu berkerja keras untuk memastikan tempatnya dalam keselebasan utama Harimau Malaya menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal bulan depan.
Ini kerana posisinya di bahagian sayap kanan turut mampu diisi oleh pemain lain seperti Mohamadou Sumareh dan Arif Aiman Hanapi.
Sebelum ini, Safawi mengalami kecederaan lutut sehingga terpaksa berehat selama hampir dua bulan tetapi kembali menemui sentuhan jaringannya ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Penang FC 3-0 kelmarin.
"Bagi saya ia (persaingan) amat bagus buat posisi saya di sebelah kanan kerana jurulatih Tan (Cheng Hoe) mungkin akan pening kepala untuk memilih yang terbaik.
"Jadi, saya tidak kisah siapa yang akan bermain tetapi kami perlu memberikan yang terbaik dalam latihan.
"Saya tidak kisah siapa yang akan bermain tetapi kami akan memberikan 100 peratus buat skuad kebangsaan.
"Kalau boleh saya mahu 'tanam' posisi di sebelah kanan itu.
"Semua tahu bukan senang untuk mendapatkan kembali keyakinan selepas cedera lutut tetapi Alhamdulillah, selepas cedera (lebih) sebulan, saya sudah mendapatkan banyak minit permainan," katanya.2
_____________________________________
1https://www.kosmo.com.my/2021/05/12/safawi-sedia-rebut-kesebelasan-utama/ (diakses pada 13 Mei 2021)
No comments:
Post a Comment