Ad

Sunday, 16 May 2021

Wanita campak duit RM29,101 dari balkoni



TANGKAP layar video menunjukkan Ayang Yasmin mencampakkan kepingan duit berjumlah 100 juta rupiah dari balkoni rumahnya di Malang, Indonesia. - AGENSI

Oleh Adlinahani Binti Khalil

9 Mei 2021, 4:30 pm

JAKARTA: Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita memberi duit berjumlah 100 juta rupiah (RM29,101) dari balkoni di sebuah rumah di Malang, Jawa Timur menjadi tular dalam media sosial.

Sebelum itu, wanita tersebut meminta orang ramai yang berada di bawah rumahnya supaya berkumpul.

Selepas mereka berkumpul, wanita itu mencampakkan kepingan duit sambil menjerit ‘marilah semua ambil duit ini’.

Wanita tersebut dikenali sebagai Ayang Yasmin berusia 35 tahun dan merupakan seorang pengusaha kedai secara dalam talian.

Duit 100 juta rupiah yang diberikan Ayang itu merupakan bonus untuk puluhan pekerjanya.

Duit itu adalah bonus untuk semua pekerja saya, ada rezeki lebih, wajar kita berkongsi rezeki yang ada.

Saya berikan 100 juta rupiah kepada 70 orang pekerja saya,” katanya kepada Tribunnews.

Jelas Ayang, dia mendapat idea untuk mencampakkan duit dari balkoni selepas dicadangkan oleh seorang daripada pekerjanya.

Sementara itu, rata-rata pekerjanya mengucapkan rezeki yang mereka perolehi dan mendoadakan moga perniagaan Ayang terus maju pada masa akan datang.1

No comments:

Post a Comment