Ad

Saturday 28 January 2017

6,354 mangsa di 108 pusat pemindahan di Pahang

MOHAMAD SHOFI MAT ISA  |  29 Januari 2017 8:50 AM
 6,354 mangsa di 108 pusat pemindahan di Pahang
KUANTAN 29 Jan. - Seramai 6,354 mangsa banjir daripada 1,699 keluarga masih ditempatkan di 108 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah di negeri ini sehingga pukul 8 pagi ini.
Pengerusi Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Zainal Yusoff berkata, Temerloh mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,970 orang daripada 746 keluarga.
“Daerah kedua teramai mencatatkan jumlah mangsa banjir adaah Lipis iaitu 934 orang daripada 261 keluarga diikuti Jerantut (776 mangsa, 258 keluarga), Bera (573 mangsa, 134 keluarga) dan Maran (468 mangsa, 135 keluarga)
“Pekan mencatatkan seramai 414 mangsa daripada 112 keluarga dan Rompin (219 mangsa, 53 keluarga),” katanya di sini hari ini.
Zainal berkata, sebanyak 41 pusat pemindahan sementara dibuka di Temerloh, Maran (16 buah), Pekan (15 buah), Bera (13 buah), Lipis (11 buah), Jerantut (lapan buah) dan Rompin empat buah. - UTUSAN ONLINE

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/6-354-mangsa-di-108-pusat-pemindahan-di-pahang-1.437777#sthash.VrC8Z2fF.dpuf

No comments:

Post a Comment