Ad

Saturday, 7 January 2017

Annuar selamatkan maruah TRW

JUMAAT, 6 JANUARI 2017 @ 7:05 PM
Oleh Hasbullah Ibrahim bhsukan@bh.com.my ANNUAR mengadakan sidang media mengenai masa depan KAFA di Sutera Inn, Kota Bharu.
 
- Foto Zaman Huri Isa KOTA BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyelamatkan The Red Warriors (TRW) apabila sudi menaja pasukan menerusi dua syarikat yang dipengerusikannya sekali gus menjamin skuad Kelantan kekal bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) yang dijadual bermula 20 Januari ini.

Pengesahan itu dilakukan sendiri oleh Annuar menerusi satu sidang media khas di Sutera Inn, di sini, hari ini dengan mengumumkan syarikat Al Hamra dan RedONE masing-masing bersetuju untuk memberi pendahuluan RM3 juta selepas memberi kepada KAFA sebanyak RM3 juta pada 30 November lalu sebagai bon jaminan Kelantan untuk menyertai Liga M. Yang turut hadir, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, dan barisan Exco.

Dengan pengumuman 'bekas orang kuat' KAFA itu, bermakna, KAFA kini memiliki modal sekurang-kurangnya RM3 juta bagi membolehkan mereka bersaing dalam Liga M. Persetujuan Al Hamra dan sebuah lagi syarikat, RedONE untuk menaja Kelantan turut mengakhiri kemelut yang melanda bekas juara Piala Malaysia 2011 dan 2013 itu selepas berhempas pulas mencari penaja bagi mengisi kantung kewangan yang dilaporkan berbaki RM800,000. KAFA juga semakin terdesak apabila tiga daripada empat permohonan yang diminta dengan kerajaan negeri, ditolak serta tidak diluluskan.

Annuar berkata, kali ini, beliau tampil sebagai penaja utama dan pihaknya akan menubuhkan satu konsortium yang bakal disertai tujuh atau lapan syarikat termasuk Vida Beauty Sdn Bhd. Katanya, selaku penaja, beliau tidak menetapkan banyak syarat kecuali warna jersi iaitu merah dan biru akan terus dikekalkan.

 "Dengan pengumuman ini, berakhirlah segala polemik dan segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya, kononnya, saya dan KAFA bermain drama dan wayang.

 "Saya ucapkan selamat maju jaya kepada KAFA dan mereka perlu berusaha bagi menaikkan semula martabat pasukan Kelantan sebagai pencabar utama," katanya


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231163

No comments:

Post a Comment