31 Januari 2017 11:35 PM
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Johor
Darul Ta’zim (JDT) mara ke play-off Liga Juara-juara Asia (ACL) setelah
menewaskan Bangkok United 5-4 menerusi penalti penentuan dalam perlawanan kedua
kelayakan di Stadium Thammasat, Bangkok sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1
dalam masa penuh perlawanan namun penjaga gol JDT, Farizal Marlias bertindak
cemerlang apabila menyelamatkan tendangan penalti terakhir pasukan tuan rumah.
Kemenangan itu bermakna JDT
bakal bertemu wakil Jepun, Gamba Osaka di pusingan play-off pada 7 Februari
ini. – UTUSAN ONLINE
sumber- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-mara-ke-play-off-acl-1.438723#sthash.mWxLD7o2.dpuf
No comments:
Post a Comment