Ad

Saturday, 7 January 2017

Dari ‘pakar air’ ke pentas dunia

Gementar kali pertama terbang jauh bersama keluarga
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  08 Januari 2017 12:15 AM
FAIZ SUBRI ketika dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga M bulan
FAIZ SUBRI ketika dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga M bulan Februari, 2016.
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Siapa sangka budak kampung yang dahulunya ­seorang pembancuh air bakal berada di pentas dunia pada anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland, Isnin ini sebagai calon akhir Puskas - anugerah gol tercantik di dunia.
Disebabkan satu jaringan yang istimewa, malah ada yang melabelkan ia sebagai gol ‘me­langgar hukum fizik’, Mohd. Faiz Subri bakal berkongsi dewan bersama Cristiano Ronaldo, Lionel Messi serta Neymar.
Ditanya tentang perasaannya ketika majlis sudah semakin hampir, Faiz berkata, dia tidak menyangka kehidupannya akan berubah sekelip mata hanya kerana gol menakjubkan yang dibuat pada 16 Februari lalu.
“Saya memang bercita-cita menjadi pemain bola sepak sejak kecil, malah sejak darjah tiga saya aktif bermain bola tetapi tidak sangka akan pergi sejauh ini.
“Dahulu, saya hanya membantu keluarga menguruskan kedai makan di Ayer Hitam. Waktu itu, saya belum serius dalam bola sepak, jadi kepakaran saya hanya membancuh air. Cakap sahaja nak air apa...Milo Ais, Teh Ais, semua saya boleh buat.
“Namun siapa sangka, daripada duduk di kedai kini saya akan menghadiri satu majlis berprestij. Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan, mungkin 10 tahun lalu saya tidak terfikir perkara seperti ini boleh berlaku,” kata Faiz kepada Mingguan Malaysia.
Faiz, 29, yang ditemani isteri, Nur Zawanis Hashim dan dua anak mereka ke Zurich turut mengakui, dia agak gementar kerana ini adalah penerbangan paling jauh pernah diharungi bersama keluarga.
Kata pemain itu lagi, debaran menghadiri majlis itu sama hebatnya dengan debaran hendak menaiki kapal terbang, namun sudah pasti dia teruja hendak melalui pengalaman yang mungkin hadir sekali seumur hidup.
“Perasaan ketika ini bercampur-baur. Gembira, teruja, gementar. Gementar sebab saya akan mengharungi perjalanan jauh bersama keluarga, tetapi teruja sebab saya akan merasai pengalaman hebat yang tidak pernah saya lalui selama ini.
“Saya tahu, anugerah FIFA setiap tahun disiar secara langsung di televisyen dan ditonton peminat seluruh dunia, tetapi saya tidak pernah sekali pun menonton majlis tersebut.
“Orang kampung ada be­ritahu akan menonton beramai-ramai menerusi televi­syen, saya hanya mampu mengucapkan terima kasih,” katanya lagi.

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dari-8216-pakar-air-8217-ke-pentas-dunia-1.429152#sthash.XVcHlXjZ.dpuf

No comments:

Post a Comment