21 Januari 2017 1:33 AM
Penjaga gol Sabah, Rozaimie
Rohim menangkap bola tendangan pemain Negeri Sembilan, Simic Marko (kiri) dalam
perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. -
FotoBERNAMA
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Bruno
Suzuki muncul wira Negeri Sembilan apabila meledak hatrik ketika membantu
pasukannya menewaskan Sabah 3-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tunku
Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Penyerang kelahiran Brazil itu
tidak menunggu lama untuk meletakkan skuad bimbingan Mohd. Asri Ninggal di depan
seawal minit ke-15 sebelum menambah dua lagi jaringan pada minit ke-25 dan
minit ke-39.
Kemenangan membolehkan skuad
Jang muncul pendahulu pertama dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana.
Dalam pada itu, Kuala Lumpur
memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila menundukkan Johor
Darul Ta’zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Pasukan pelawat, yang
dibimbing Mohd. Hamzani Omar bagaimanapun terlebih dahulu berada di depan
menerusi pemain Argentina, Nicholas Fernandez Alberto seawal minit kelima.
Bobirjon Akbarov berjaya
menyamakan kedudukan pada minit ke-20, sebelum Ibrahim Syaihul memastikan
kemenangan tuan rumah di minit ke-30.
Sementara itu, Polis Di Raja
Malaysia (PDRM) menewaskan pendatang baharu Liga Perdana, MISC-MIFA 3-1 di
Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Di Stadium Tunku Syed Putra,
Kangar pula Perlis terpaksa menunggu di saat akhir untuk mencuri satu mata
selepas seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Gol ATM hadir menerusi Mohd.
Rafizol Roslan pada minit ke-37 manakala gol penyamaan Perlis dijaringkan Muhd.
Zafuan Azeman.
Aksi melibatkan Terengganu dan
PKNP FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa dihentikan akibat padang
ditakungi air manakala perlawanan Kuantan FA menentang UiTM FC di Stadium Darul
Makmur terpaksa ditunda ekoran hujan lebat
SUMBER- See more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hatrik-suzuki-julang-skuad-jang-1.434196#sthash.kvduHW4E.dpuf
No comments:
Post a Comment