Ad

Wednesday 25 January 2017

Kekal 96 mangsa banjir Terengganu

 
HALIMAH Abdullah, 62, dan Zulhaimi Imah, 29, mendayung sampan meredah banjir di Kampung Tasek, Permaisuri, pada 23 Januari lalu. FOTO Ghazali Kori
Isma Ismail
isma@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu masih kekal 93 mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, malam ini.

Menurut kenyataan Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri, bilangan mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Dungun itu kekal seperti 6 petang tadi.


Sehingga 10 malam tadi, 30 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Syukor itu.

Petang tadi sebuah lagi pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Pasir Raja di daerah itu ditutup operasi selepas air sungai berhampirannya surut.

Pusat pemindahan di Kampung Syukor dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja itu dibuka untuk menempatkan mangsa banjir semalam berikutan peningkatan paras air di sungai berdekatannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 11:01 PM

No comments:

Post a Comment