Ad

Friday 6 January 2017

Annuar penyelamat Kafa

Bekas Presiden Kafa itu sahut seruan PM bantu TRW
YATIMIN ABDULLAH  |  07 Januari 2017 12:20 AM
ANNUAR MUSA (tengah) bersama Ismail Md. Nor (kiri) dan Exco Kafa,
ANNUAR MUSA (tengah) bersama Ismail Md. Nor (kiri) dan Exco Kafa, Datuk Abdul Halim Hamad (kanan) dalam sidang ahbar mengumumkan TRW kekal dalam Liga Malaysia di Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU 6 Jan. - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu pasukan itu untuk kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M), musim depan.
Annuar melalui dua syarikat yang diterajuinya iaitu Alhamra Group dan Red One akan menjadi penaja rasmi kepada The Red Warriors (TRW) dengan menyediakan dana permulaan sebanyak RM6 juta untuk skuad tersebut.
Usaha Annuar itu sekaligus memberikan kelegaan kepada Kafa yang sebelum ini mengadakan kongres luar biasa dan memutuskan untuk menarik diri daripada saingan Liga M 2017.
Malah, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengumumkan penubuhan sebuah konsortium yang diketuai oleh kedua-dua buah syarikat tersebut mendapatkan dana dalam memastikan kedudukan kewangan Kafa terus kukuh.
“Konsortium ini akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah sya­rikat lagi untuk mendapatkan dana. Setakat ini sudah ada tiga syarikat yang bersedia bersama dengan konsortium tersebut.
“Saya sasarkan untuk mendapatkan tajaan berjumlah RM10 juta bagi memastikan TRW tidak berdepan masalah kewangan di kemudian hari selepas ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor di sini, hari ini.
Sebelum ini, Najib menerusi laman sosial Twitter meminta Annuar supaya membantu Kafa sambil meluahkan kebimbangannya terhadap kemelut yang dihadapi persatuan bola sepak negeri.
Annuar membe­ritahu, sebagai penaja utama, beliau akan membawa masuk pemain import bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi saingan Liga M itu nanti.
Katanya, pemain import yang dibawa masuk itu akan dibayar sepenuhnya oleh beliau selaku penaja utama TRW.
“Saya sudah meneliti sepuluh calon pemain import dan kita akan putuskan dalam masa terdekat. Saya juga akan pastikan perlawanan pertama TRW de­ngan Melaka United, kita akan turun dengan pemain import.
“Sebagai penaja utama saya juga mahu TRW kembali menggunakan jersi keramat berwarna merah dan biru,” katanya.
Jelas Annuar, beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi Presiden Kafa selepas melepaskan jawatan itu pada 8 November lalu.
“Segala usaha yang dilakukan saya hari ini adalah kerana mahu menyelamatkan TRW yang menjadi nadi rakyat Kelantan,” ujarnya.

SUMBER-- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/annuar-penyelamat-kafa-1.428758#sthash.EDhw2GIc.dpuf

No comments:

Post a Comment