PEMAIN Perlis Park Yong Jun
(kiri) mengawal bola daripada direbut Ikbolion Babakhanov (kanan) pemain ATM
pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, semalam.
Hafizudin Mohd Safar
sukan@hmetro.com.my
Kangar: Kelebihan bermain di
halaman sendiri gagal dimanfaatkan Perlis apabila sekadar seri 1-1 dengan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan pembukaan Liga Perdana di
Stadium Tuanku Syed Putra, di sini, semalam.
Pasukan pelawat membuka
jaringan pada minit ke-36 hasil sepakan penyerang, Mohd Rafizol Roslan yang
gagal ditepis penjaga gol Mohd Nasril Nourdin.
Walaupun kedua-dua pasukan
melakukan serangan namun gagal menghasilkan gol sehingga separuh masa pertama
tamat.
Bermula separuh masa kedua, Perlis
cuba mencari gol penyamaan dan usaha mereka berhasil apabila menjaringkan gol
minit ke-88 hasil sepakan Muhd Zafuan Azeman yang menumpaskan penjaga gol Mohd
Hafizuddin Azuhar.
Kedua-dua pasukan kekal seri
1-1 sehingga tamat perlawanan.
Ketua jurulatih Perlis Razip
Ismail berkata, beliau gembira dengan keputusan seri itu kerana barisan
kesebelasan utama yang dirancangnya sebelum ini terpaksa dirombak di saat akhir
atas beberapa faktor.
“Sememangnya perlawanan
pembukaan selaku tuan rumah kami mengharapkan kemenangan, namun tetap berpuas
hati dengan seri.
“Masih banyak ruang untuk
dibaiki dan kami harap keserasian antara pemain import dan tempatan bertambah
baik selain mendapat kemenangan perlawanan kedua nanti.”
Sementara itu, ketua jurulatih
ATM Azhar Abdullah pula berkata, pihaknya tidak menyangka dapat mencuri satu
mata kerana pasukannya tidak berada pada kemampuan maksimum.
Azhar berkata, hampir semua
pemain tempatan adalah muka baru dan kurang berpengalaman.
“Saya berpuas hati dengan
keputusan (seri) tapi berharap akan ada peningkatan untuk aksi akan datang,”
katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:05 AM
No comments:
Post a Comment