SKUAD Melaka United gigih jalani latihan.
Melaka: Kekalahan pada aksi sulung ketika kunjungan ke Kemboja tidak membimbangkan ketua jurulatih Melaka United (MU) Eric Williams dalam misinya membentuk skuad lebih mantap.
Rombongan tujuh hari ke negara berkenaan menyaksikan skuad bimbingannya tewas 1-3 kepada ARMY FC di Stadium Olimpik Phom Penh dan anak buahnya menghasilkan gol sagu hati menerusi Nurshamil Abd Ghani pada hujung aksi.
Tiga gol tuan rumah dihasilkan Ri Hyok Chol (m-25) , Roeurm Chann (m-39) dan Ke Vannak pada minit ke-80 untuk meletakkan skuad naib juara liga Kemboja itu selesa mendahului.
Wiliams berkata, kehadiran MU datang ke Kemboja adalah untuk membina keserasian pemain selain menterjemah taktikal yang akan digunakan di Liga Super nanti.
“Keputusan perlawanan tidak penting. Apa yang lebih utama pemain mampu memberi persembahan yang terbaik mengikut perancangan tambahan.
“Apa yang pasti, kami bertemu lawan yang baik dan sudah biasa dengan taktikal mereka sementara kami masih baharu digandingkan. Sudah pasti banyak perkara yang perlu diperbaiki,” katanya.
Malah, beliau tidak meletakkan kesebelasan utama dalam perlawanan berkenaan sambil pemain tengah Omid Nazari baru pulih daripada keracunan makanan.
Katanya, tahap kecergasan pemain itu juga belum memuaskan dan perlu mengambil sedikit masa untuk berada pada situasi terbaik.
Baginya, beliau akan melakukan rombakan pada baki perlawanan persahabatan menentang Cambodian Tigers selepas ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:04 AM
No comments:
Post a Comment