Ad

Saturday 7 January 2017

TRW belanja kecil, pertaruh pemain muda

SABTU, 7 JANUARI 2017 @ 1:26 AM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengakui The Red Warriors (TRW) paling kecil berbelanja dalam kalangan pasukan Liga Super 2017.

Katanya, skuad itu bakal mempertaruhkan ramai pemain muda dengan 70 peratus daripadanya berusia bawah 30 tahun. "Kos pasukan dikurangkan hampir 40 peratus berbanding 2016.

      "Kali ini, gaji sesetengah pemain tempatan mungkin lebih tinggi daripada pemain import. Terima kasih kepada sahabat dalam dan luar negara yang membantu, termasuk menolong saya mengurangkan kos bakal ditanggung.

      "Skuad TRW kali ini 70 peratus bawah (umur) 30 tahun. Daripada jumlah tersebut, 50 peratus adalah di bawah 23 tahun termasuk 4 orang bawah 21 tahun. Walaupun begitu, sepertiga daripada skuad 2017 adalah otai (pemain berpengalaman).

    "Sukar diramal tahap pasukan kali ini tapi jelas ini bukan dream team (pasukan impian), pemain perlu bekerja kuat dan penuh disiplin jika mahu capai tahap kompetitif," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.

KAFA sebelum ini menyatakan hasrat menarik diri daripada saingan musim ini selepas berdepan masalah kewangan yang serius. Bagaimanapun, hasrat itu dibatalkan selepas pasukan terbabit mendapat penaja utama, Al Hamra Group dan RedOne Malaysia.

Selain itu, Annuar menjelaskan usaha memperkasakan penajaan bagi pasukan berkenaan harus diteruskan. "Saya cuma berharap pemain memahami ada orang yang bekerja keras untuk mereka. "Saya tidak menaruh harapan terlalu tinggi, cukup sekadar melihat kesungguhan anak Kelantan dan TRW bila berjuang serta iringan sokongan penyokong yang benar-benar setia," katanya.


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231292

No comments:

Post a Comment