WARTAWAN
SINAR HARIAN
15 JANUARI
2017
Ibrahim Din
Ibrahim Din (kanan) di zaman kegemilangannya.
BEKAS pemain
kebangsaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) era 80-an, Ibrahim Din meninggal
dunia pada usia 65 tahun awal pagi semalam di Hospital Ampang, akibat
komplikasi jantung.
Menurut anak
saudaranya, Suhaila Lukman, Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke
hospital oleh ambulans.
"Semasa
dalam perjalanan, pegawai perubatan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun
jantungnya sudah tidak lagi berfungsi dan disahkan meninggal pada jam 9.25
pagi," katanya.
Jenazah
Allahyarham telah dimandikan di Masjid Al-'Azim Pandan Indah dan dikebumikan di
tanah perkuburan Bukit Teratai.
Nama Ibrahim
bukan asing dalam arena bola sepak negara kerana pernah menyarung jersi
kebangsaan bersama legenda seperti Datuk
Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk
Mokhtar Dahari, Zulkifli Hamzah, Khalid Ali, James Wong, Muhidin Hussin, Bakri
Ibni, Ahmad Yusof, dan mendiang Datuk R Arumugam.
Paling
diingati sudah tentulah dua gol jaringannya ketika Malaysia mengikat Thailand
2-2 dalam siri perlawanan kelayakan Piala Dunia 1982 di Kuwait pada 1981.
Bagaimanapun,
skuad negara gagal mara ke Piala Dunia
selepas tewas dua perlawanan kepada
Korea Selatan dan Kuwait.
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 15 JANUARI 2017
No comments:
Post a Comment