Ad

Tuesday, 1 September 2020

Sumareh tidak profesional

SUKAN»Bola Selasa, 1 September 2020 | 12:51pm Muhamadou Sumareh dikritik kerana tidak profesional dan membelakangkan pasukan. - NSTP/AIZUDDIN SAAD Sumareh tidak profesional Oleh Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my K KUANTAN: Segala permasalahan atau perasan tidak puas hati dihadapi Mohamadou Sumareh tidak sepatutnya membelakangi Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sebagai majikan. Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, sebagai pemain profesional, perlu ada perbincangan antara majikan dan pemain dalam mencapai kata putus jika berlaku sebarang permasalahan. "Namun, tindakan tidak profesional Sumareh yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu ketika pasukan dalam persiapan memperkasakan pasukan sebaik Liga Malaysia (Liga M) bersambung adalah tidak bertanggungjawab. "Apa juga alasan yang diberi untuk dia berbuat demikian adalah tidak profesional. Saya percaya tindakannya itu hanya alasan semata-mata kerana hatinya bukan lagi bersama skuad Tok Gajah. "Apabila hati sudah tidak berkenan, pelbagai alasan yang akan diberikan untuk tidak mahu lagi bersama dan itulah yang dilakukan Sumareh," katanya. Mohammed Suffian berkata, sebagai pemain yang mendapat kerakyatan Malaysia, sikap saling hormat menghormati perlu ada dalam diri pemain tengah itu. Sebaliknya, katanya nilai-nilai murni itu tidak ditunjukkan Sumareh hingga bertindak tanpa memikirkan kesannya terhadap pasukan, khususnya PBNP. "Dalam hal ini, jika menghadapi sebarang masalah, dia sepatutnya merujuk kepada saya selaku pengurus atau bertemu jurulatih (Dollah Salleh). "Tapi, tiada apa yang diberitahu kepada kami sebaliknya membuat keputusan tidak hadir menjalani latihan sejak sebulan lalu," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, segalanya terserah kepada pengurusan PBNP untuk menentukan kedudukan Sumareh di atas tindakan tidak profesional itu. Sejak sebulan lalu, tonggak utama Pahang itu tidak kelihatan menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah, sekali gus mencetuskan persoalan ke mana perginya pemain naturalisasi pertama negara. Berikutan itu, pelbagai spekulasi timbul bahawa pemain berumur 26 tahun akan beralih angin bersama pasukan baru. Namun, sehingga kini, Sumareh belum memberikan alasan dia berbuat demikian dan pasukan baru yang akan disertai.sumber=sukan bh online

No comments:

Post a Comment