KEYAKINAN tinggi mengiringi aksi Tok Gajah apabila menerima kunjungan Perak di Kuantan malam esok.
Oleh ASZAHARI ALI
2 Oktober 2020, 9:26 pmKUANTAN: Skuad Tok Gajah bukan sahaja sudah cukup bersedia menanti kunjungan Perak tetapi tidak sabar untuk menambah tiga mata di Stadium Darul Makmur malam esok.
Justeru, Dollah Salleh mahu anak buahnya tampil dengan semangat dan rentak permainan yang dipersembahkan ketika menewaskan Kedah 2-1 di gelanggang sama minggu lalu.
“Untuk bertemu pasukan sehebat Perak, saya cuma berharap agar kesebelasan pemain yang diturunkan nanti sekurang-kurangnya dapat mempamerkan apa yang telah mereka lakukan ketika bertemu Kedah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Dollah sebelum ini memuji persembahan anak buahnya kerana berjaya menguasai perlawanan walapun pasukan Kedah hadir dengan lima rekod kemenangan berturut-turut dan berada di tangga ke dua Liga Malaysia.
Bekas pemain kebangsaan tersebut kini juga lebih berani untuk mempertaruhkan kudrat pemain muda selepas mereka semakin menunjukkan aksi meyakinkan ketika di padang walaupun berdepan pasukan lebih kuat.
Dollah juga menarik nafas lega kerana Mohd. Gopi Rizqi Ramadhan kini boleh bermain selepas selesai menjalani penggantungan satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning.
Lebih mengmbirakan, Ivan Carlos yang dikeluarkan kerana cedera ketika bertemu Kedah juga sebenarnya tidak mengalami kecederaan serius dan dan boleh diturunkan nanti.
GOPI RIZQI RAMADHAN
“Begitu juga Herold Goulan dan Adam Reed, tiada masalah apa-apa selain pemain tempatan juga bebas dari sebarang kecederaan,” katanya.
Cuma Dollah masih belum memberi kata putus sama ada Dickson Nwakamae juga boleh beraksi kerana dari pandangannya, pemain itu masih cedera walaupun Nwakamae yang meminta diturunkan ketika bertemu Kedah kerana merasakan dia sudah pulih dan lama di bangku simpanan.
Pahang yang kini di tangga ke tujuh liga semakin bernafsu memburu tiga mata untuk lebih selesa bagi membuat persiapan ke Piala Malaysia.SUMBER-BH ONLINE
No comments:
Post a Comment