Ad

Monday 19 October 2020

Krisis kecederaan buat Dollah pening



FAISAL Abdul Halim (tengah) mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak kelmarin.– IHSAN TERENGGANU FC

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YOSOFF

13 Oktober 2020, 11:00 am

KUALA NERUS: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh semakin pening selepas tiga lagi pemain ‘diusung’ ke bilik rawatan sekali gus menambah senarai kecederaan pasukan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, Adam Reed, Faisal Abdul Halim dan Zuhair Aizat Nazri menjadi yang terbaharu menyertai Dickson Nwakaeme, Harold Goulon serta R. Dinesh.

Bagaimanapun menurut Dollah, penundaan Piala Malaysia memberi rahmat dalam usaha mengumpul kesebelasan utama sebelum kejohanan itu bermula.

Tarikh sepak mula pada 25 Oktober memberi kebaikan kepada Pahang dan saya percaya dengan pulihnya tonggak utama, kami ada pasukan yang mantap.

Goulon mungkin sempat pulih tetapi saya tidak pasti peluang Nwakaeme kerana kecederaannya agak teruk manakala Adam (hamstring) dan Dinesh (bahu) pula saya fikir tiada masalah untuk ber­aksi dua minggu lagi,” katanya kelmarin.

Tewas 1-2 di tempat lawan dalam aksi penutup Liga Super kelmarin. Dollah mengakui kecederaan Reed, Zuhair dan Faisal pada babak pertama menjejaskan rentak Pahang.

Malam ini (kelmarin) perkara sama berulang dan saya terpaksa membuat pertukaran pemain sebelum tamat separuh masa,” katanya.SUMBER- UM ONLINE

No comments:

Post a Comment