SUKAN TERKINI
KUFC idam lakar kejutan di Piala Malaysia
Oleh KOSMO!
11 Oktober 2020, 8:49 pm
Oleh YATIMIN ABDULLAH
PENGENDALI Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC), Nazrulerwan Makmor mahu pasukannya melakukan kejutan dalam saingan Piala Malaysia bermula 20 Oktober nanti.
Nazrulerwan berkata, meskipun bakal berdepan ujian getir, namun dia tetap optimis mampu melakukan kejutan dengan barisan pemain yang dimiliki oleh KUFC.
“Saya faham, kesemua pasukan yang layak dalam saingan Piala Malaysia mempunyai kualiti dan berada dalam kelasnya tersendiri.
“Bagaimanapun, dalam bola sepak semua perkara boleh berlaku dan kita cuba bersaing dengan semua pasukan yang layak dengan sebaik mungkin,” katanya.
Nazrulerwan memberitahu, ruang rehat sementara yang ada ketika ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari resepi terbaik dalam mengharungi saingan berprestij itu nanti.
Katanya, dia mahu pemain KUFC kekal fokus dan mengikut segala perancangan yang telah direncana menjelang aksi itu nanti.
Mengulas mengenai kejayaan layak ke pentas Piala Malaysia, Nazrulerwan menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian terbaik KUFC musim ini.
Katanya, ia adalah hasil komitmen tinggi semua pemain termasuk pihak pengurusan KUFC yang mahu pasukan itu layak ke Piala Malaysia.
KUFC layak ke Piala Malaysia selepas merakamkan kemenangan tipis 2-1 keatas Selangor II pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat lalu.
Selepas mengharungi 11 perlawanan KUFC yang membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana menduduki tangga kelapan dengan mengumpul 12 mata. SUMBER-K! ONLINE
No comments:
Post a Comment