Ad

Tuesday 20 October 2020

Allee makin menjadi bersama FC Malaga

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketika tumpuan diberikan kepada tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid dan pemain skuad bawah 19 tahun negara Luqman Hakim Shamsuddin namun sebenarnya ramai tidak mengetahui bahawa ubi muda negara, Allee Putra Azril Mohd Zawawi 15 turut menyerlah bersama pasukannya di Sepanyol.

Ketika ini Allee Putra menjadi antara tonggak utama kepada akademi bola sepak FC Malaga City dengan bermain bersama skuad bawah 17 tahun untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

Pemain muda yang turut mendapat jolokan Allee Sanchez itu sering disenaraikan oleh barisan jurulatih untuk mewakili pasukan terbabit dalam saingan peringkat tempatan dan pertandingan kompetatif. Malah, menurut bapanya, Azril memaklumkan bahawa barisan kejurulatihan akademi berkenaan berpuas hati terhadap prestasi Allee yang semakin meningkat sejak menjalani latihan beberapa bulan lalu. ''Allee kini antara sebahagian pemain utama pasukan akademi walaupun usianya baharu saja 15 tahun namun mampu memberi saingan kepada pemain yang lebih tua daripadanya.

''Ketika ini, Allee menjalani latihan seperti biasa dan sudah boleh mengikuti setiap modul diterapkan akademi berkenaan walaupun perlu bersaing dengan pemain lain.

''Pada perlawanan sebelum ini, Allee mengalami kecederaan pada buku lali namun diharapkan tidaklah serius hingga menjejaskan prestasinya nanti,' 'katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Allee Putra ditawar bermain di akademi bola sepak terkemuka Sepanyol, FC Malaga City.

Remaja itu menggemparkan bola sepak negara selepas ditawar kontrak menjalani latihan di akademi elit itu selama dua tahun walaupun dia bukan pemain yang dikenali di Malaysia.

Mengikut rekod Malaga City FC menawarkan Alleedua tahun pengajian yang mana dia ditawarkan tempat ke sana dan bukan memohon masuk akademi.

Pada masa sama, dia juga mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa)

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 11:31 PM

No comments:

Post a Comment