Oleh Rozaidi Zulkifli
24 Oktober 2020, 7:27 am
KUALA LUMPUR : Bintang sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin melakar sejarah sebagai pemain Malaysia pertama beraksi di liga utama Eropah apabila dimasukkan pada minit ke-74 ketika pasukannya KV Kortrijk tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht awal pagi tadi.
Bagaimanapun, pencapaian Luqman tampil buat kali pertama dalam liga utama Belgium itu sudah cukup membanggakan peminat bola sepak tempatan.
Pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan pada minit ke-74 menggantikan Golubovic dan berjaya memberi impak dengan membawa kepada gol tunggal KV Kortrijk yang dijaringkan Llombe Mboyo menerusi sepakan penalti pada minit ke-87 selepas ketinggalan 0-3.
Penyerang kelahiran Kota Bharu itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Belgium milik usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan pada Ogos lalu.
Luqman yang baru menyertai KVK pada Ogos lalu difahamkan berjaya memikat pengurusan pasukan sepanjang tiga aksi bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) KVK yang menyaksikan dia sudah meledak tiga gol bersama skuad pembangunan itu sekali gus diberi kepercayaan menyarung jersi skuad utama.
Luqman lakar sejarah, beri impak besar [VIDEO].SUMBER-UM ONLINE
No comments:
Post a Comment