Ad

Sunday 18 October 2020

Safawi pamer aksi sulung di Portugal

| | 17 Oktober 2020




SAFAWI
KUALA LUMPUR - Penyerang skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama skuad bawah-23 tahun (B-23) Portimonense SC dalam perlawanan menentang pasukan Sporting Lisbon di Portugal, awal pagi tadi.
Pasukan diwakili pemain berusia 23 tahun yang dipinjamkan oleh Johor Darul Takzim (JDT) itu bagaimanapun tewas 1-3 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23 di Stadium Dois Irmaos.
Safawi yang dilaporkan beraksi cemerlang pada sesi latihan dimasukkan sebagai kesebelasan utama pasukan B-23 kelab Portugal itu oleh pengurus Paulo Sergio.
Dalam perlawanan tersebut, Portimonense SC mendahului pada minit ke-18 melalui gol yang dijaringkan pemain dari Brazil Romulo Machado sebelum pemain Sporting Lisbon Rafael Fernandes mengikat kedudukan pada minit ke-28.
Namun dua gol pantas Sporting Lisbon dalam tempoh tiga minit menerusi pemainnya Duarte Carvalho dan Nicolai Skoglund pada babak kedua memaksa Portimonense akur tewas 1-3.
Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan kedua-dua pasukan dalam Liga Revelacao (zon selatan) dengan Sporting Lisbon kekal di tempat ketiga sementara Portimonense di tangga ketujuh selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105720/BERITA/Sukan/Safawi-pamer-aksi-sulung-di-Portugal© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment