Ad

Thursday, 22 October 2020

Luqman disenarai bertemu Anderlecht

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas terperap hampir dua bulan beraksi bersama skuad pembangunan sebelum ini, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berpeluang meraih penampilan pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK) pada Sabtu ini.

Menerusi pendedahan kelab penyokong KVK di laman sosial sebentar tadi, difahamkan Luqman bakal disenaraikan dalam aksi menentang Anderlecht, di Stadium Guldensporen, Kortrijk.

Jika benar, ia adalah berita paling dinantikan peminat bola sepak tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan penyerang berusia 19 tahun itu.

Untuk rekod, Luqman mengikat kontrak selama lima musim dengan KVK selepas berhijrah daripada Selangor II Ogos lalu.

Sejak Luqman tiba di KVK, dia hanya beraksi bersama skuad B-21 KVK dan setakat tiga penampilannya, Luqman berjaya meledak tiga gol buat pasukan itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 8:29 PM

No comments:

Post a Comment