MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Arena bolasepak negara kehilangan seorang lagi permata yang pernah mengharumkan nama negara apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Shah Alias Norbit menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Keramat, di sini, kira-kira 6 petang tadi. Berita sedih itu dikongsikan Presiden Persatuan Bekas Pemain Selangor Malek Rahman apabila memaklumkan legenda bola sepak itu meninggal dunia selepas terlantar sakit akibat penyakit kronik.
Malek berkata, sebelum ini rakan seangkatan Mokhtar Dahari itu menghidap kencing manis dan hanya terlantar di kediamannya sejak beberapa tahun lalu.
''Kita kehilangan seorang individu yang banyak berbakti dan mengharumkan nama negara ketika era 70-an termasuk membantu mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa,'' katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Allahyarham antara tonggak pasukan kebangsaan pada era 70-an terutama ketika berjaya menjinakkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan.
Selain itu arwah juga pernah menjadi penolong jurulatih Selangor kepada Datuk Khaidir Buyong sehingga tahun 2000 sebelum melatih Melaka dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita Malaysia (2006-2008), Angkatan Tentera dan SPA mulai 2013.
sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 8:53 PM
No comments:
Post a Comment