Ad

Thursday, 8 October 2020

Tak sabar pamer aksi terbaik

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua bekas pemain Jepun yang mencipta nama di Portugal, Shoya Nakajima dan Bruno Tabata menjadi inspirasi Safawi Rasid bagi melebarkan sayapnya di bumi Eropah.

Nakajima dan Tabata memulakan karier di Eropah sebagai tonggak pinjaman dengan menyertai Portimonense S.C pada 2016 mencuri perhatian kelab ternama terutama di Portugal.

FC Porto yang pernah memenangi dua kali kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan 29 kali kejuaraan Liga Premier Portugal nyata terpikat dengan aksi Nakajima yang mula menyertai kelab itu pada musim lalu.

Manakala Tabata dipancing Sporting CP atau lebih dikenali dengan Sporting Lisbon pada awal musim ini selepas empat musim berada bersama Portimonense sejak 2016.

Kejayaan dua pemain Jepun itu jelas menguatkan keyakinan Safawi untuk mengikut jejak langkah tonggak berkenaan dengan cuba mencuri tempat dalam kesebelasan utama Portimonense terlebih dahulu sebelum berharap aksinya memikat perhatian kelab lain.

"Saya bermain sebaik mungkin untuk kelab Portimonense dan saya dah tak sabar peragakan aksi terbaik untuk kelab.

"Saya harap dapat berikan sesuatu untuk kelab. Saya tahu di kelab ini ramai pemain hebat seperti Tabata dan Nakajima.

"Saya akan berikan segala-galanya untuk tonjolkan kemampuan saya seperti Tabata dan Nakajima," katanya ketika sidang media memperkenalkan Safawi secara rasmi kepada media Portugal sebagai pemain baharu Portimonense, semalam.

Dalam majlis itu, Safawi diberi menyarung jersi nombor 29 dan dijangka beraksi di posisi sayap kanan seperti mana ketika bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya.

Jelas pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia tidak kisah diletakkan di mana-mana posisi di bahagian hadapan pasukan.

"Sebagai pemain bola sepak di bahagian depan, saya kena pantas dan saya yakin mampu berikan sesuatu untuk kelab dan saya tak sabar beraksi dalam perlawanan pertama atau seterusnya.

"Biasanya saya bermain di belakang penyerang dan kadang-kala penyerang, tapi saya tak kisah mana-mana pun boleh bermain di bahagian depan," katanya yang dipinjamkan selama semusim dan diberi pilihan pembelian secara tetap di kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2020 @ 6:00 AM

No comments:

Post a Comment