Ad

Friday, 9 October 2020

Safawi enggan kekal di Portimonense SC

SUKAN



SAFAWI (kiri) mahu menjadikan Portimonense sebagai langkah pertama untuk memburu impian beraksi bersama kelab-kelab utama di Eropah.

Safawi enggan kekal di Portimonense SC

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

8 Oktober 2020, 9:30 pmPEMAIN sensasi skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid mahu menjadikan Portimonense SC sebagai ‘batu loncatan’ untuk mencipta namanya di pentas Eropah.

Safawi yang dipinjamkan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tiba di Portugal pada awal ming­gu ini dan diperkenalkan secara rasmi oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Portimo­nen­­se, Ro­diney Sampaio kepada wakil media tempatan di Stadium Portimao semalam.

Kata Safawi yang akan menya­rung jersi No. 29, peluang yang di­berikan oleh Portimonense tidak boleh disia-siakan terutama apabila kelab itu telah membuka peluang buat beberapa pemain muda menyerlah sehingga berjaya berhijrah untuk mewakili kelab gergasi di sana.

Saya akan memberikan fokus penuh sepanjang berada di Portimonense kerana ini adalah peluang buat saya mengikuti jejak langkah dua bekas pemain pa­sukan, Bruno Tabata dan Sho­ya Nakajima yang memiliki reputasi hebat.

Secara jujur, saya tidak kisah untuk beraksi di mana-mana ba­hagian serangan kerana saya cukup selesa dan memiliki pe­ngalaman di posisi tersebut. Kini, saya tidak sabar untuk membuat debut pertama bersama pasukan,” katanya dalam sidang media semalam.

Sebagai rekod, Tabata yang juga pemain kelahiran Brazil ber­usia 23 tahun telah dipan­cing oleh kelab gergasi Portugal, Sporting Lisbon bulan lalu manakala Nakajima pula ketika ini mewakili pasukan FC Porto.

Sementara itu, Sampaio percaya kualiti yang dimiliki oleh Safawi setanding dengan Nakajima.

Safawi memiliki teknikal yang cukup baik dan kami percaya dia boleh mengikut jejak langkah Nakajima kerana mereka berdua memiliki persamaan yang mana hadir ke sini bukan daripada ke­lab yang terkenal,” kata Sampaio.

Nakajima yang berusia berusia 26 tahun telah beraksi bersama Portimonense secara pinjaman pada musim 2017 daripada pasukan Jepun, Tokyo FC sebelum mengikat kontrak secara tetap pada 2018.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment