Ad

Monday 12 October 2020

Dollah panggil Faiz, Eldstal

MyMetroNode

Oleh Aziman Rosdi

aziman@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Penyerang Pulau Pinang Mohd Faiz Subri terpaksa memendekkan percutian bersama keluarganya di Langkawi apabila mendapat panggilan mengejut daripada jurulatih Dollah Salleh untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan.

Selepas ketiadaan penggempur utama Norshahrul Idlan Talaha akibat kecederaan bahagian rusuk, pengendali negara itu tiada pilihan selain mengalih perhatian kepada Faiz yang meledak 12 gol dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Saya baru berhubung dengan Faiz dan dia sedang bercuti. Dia akan cuba datang esok (hari ini). Saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan jurulatih selain bertanyakan kepada rakan sepasukannya Yong (Kuong Yong) mengenai prestasi Faiz. Maklum balas yang saya dapat menunjukkan dia berpotensi untuk menyerlah.

Saya pernah tengok dia sebelum ini, waktu itu dia main posisi lain, jadi fokus saya tidak terarah kepadanya. Tapi, apabila dia tukar posisi kepada penyerang, apa yang saya dengar kali ini agak berbeza,” katanya ketika sesi latihan skuad kebangsaan semalam.

Selain Faiz, 27, Dollah turut memanggil pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Junior Eldstal bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Mohd Idris Ahmad yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan lutut.

Bagaimanapun, Eldstal bersama kelabnya bagi aksi suku akhir Piala AFC malam tadi sebelum dijangka bersama skuad kebangsaan hari ini.

Menurut Dollah, beliau berharap tiada lagi kecederaan menimpa pemainnya menjelang perlawanan persahabatan menentang Bangladesh di Stadium Shah Alam Sabtu ini yang dianggap aksi pemanas badan sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 awal bulan depan.

Katanya, apa yang turut membimbangkannya adalah kepenatan pemain selepas mengharungi jadual padat Liga Super dan Liga Perdana minggu lalu.

Masa agak singkat, kalau ada lagi pemain cedera tentu sukar untuk menyediakan pasukan. Sepatutnya kita tidak ada masalah kecergasan kerana mereka baru habis saingan liga cuma yang saya khuatir jika pemain terlampau letih. Jadi, saya tidak mahu memberi latihan berat pada sesi awal latihan ini,” kata Dollah.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 8:40 AM

No comments:

Post a Comment