Ad

Wednesday, 21 April 2021

FAM cuba dapatkan vaksin buat tonggak Harimau Malaya di luar Malaysia



LUQMAN Hakim Shamsudin (kanan) kini berada di Belgium bersama KV Kortrijk.

Oleh SUFIAN HADI SOJAK

21 April 2021, 10:27 pm

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang bekerja keras untuk memastikan beberapa tonggak Harimau Malaya yang berada di luar negara akan turut menerima vaksin sebelum berlepas ke Dubai pada Mei nanti.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib yang mengendalikan vaksin tersebut dan menjangkakan ia mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Antara pemain yang berada di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi (Newcastle Jets di Australia) selain dua tonggak yang bermain di Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) serta Junior Eldstal (Chonburi FC).

LIRIDON Krasniqi beraksi buat Newcastle Jets di Australia.

Kami akan berusaha sedaya upaya dan kami juga kena lihat dari pelbagai sudut sebab pelaksanaan dekat setiap negara semuanya berlainan.

Status dan negara lain seperti Singapura lebih mudah dan cepat, tetapi pemain Singapura di Malaysia bermasalah. Jadi begitulah kordinasinya, di mana ia memerlukan perbicangan yang mendalam.

Saya tak ada jawapan untuk penyelesaian ini tetapi perbincangan sedang berlangsung. Perbincangan itu bukan dari FAM atau pasukan bola sepak, tetapi ia memerlukan kordinasi dari ‘G to G’ (Kerajaan dengan Kerajaan) di peringkat atasan.

Sebab urusan vaksin bukan dari pasukan, jadi mungkin seminggu dua lagi kita akan dapat status semasa yang saya boleh beri malumat lebih sikit tetapi untuk pengetahun semua perbincangan sedang berjalan,” kata Stuart.

Isnin lalu, kira-kira 50 daripada 78 pemain dan pegawai Harimau Malaya telah selesai menerima suntikan dos pertama vaksin menjelang dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emeriyah Arab Bersatu (UAE).1

No comments:

Post a Comment