Ad

Sunday 11 April 2021

United benam Tottenham

April 12, 2021 @ 7:34am



Penyerang Manchester United, Edinson Cavani (tengah) menanduk masuk ke gawang Tottenham pada aksi EPL di Stadium Tottenham Hotspur, London. United menang 3-1. - Foto AFP

LONDON: Pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mendakwa dia menerima layanan berbeza oleh media berbanding pengendali lain ketika dia membidas kritikan Ole Gunnar Solskjaer ke atas Son Heung-min.

Spurs tewas 3-1 kepada Manchester United walaupun mendahului permainan menerusi jaringan Heung-min, yang turut memainkan peranan di babak pertama sehingga menyebabkan jaringan Edinson Cavani dibatalkan pengadil.

United bangkit di babak kedua menerusi jaringan Fred, Cavani dan Mason Greenwood untuk mencalarkan peluang Spurs memburu tempat dalam kelompol teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas jaringan Cavani di babak pertama, pengadil Chris Kavanagh melihat ulang tayang VAR dan membatalkan gol berkenaan serta memberikan sepakan percuma kepada Spurs selepas Scott McTominay dipersalahkan kerana mengasari Heung-min.

"Jika anak saya terbaring begini untuk tiga minit dan memerlukan 10 rakan sepasukan untuk membantunya bangun, dia tidak akan mendapat makanan.

"Kami tidak akan terpedaya, tetapi pengadil tertipu," kata Solskjaer berkenaan lakonan pemain Korea Selatan itu yang kemudian kembali cergas dan menjaringkan gol.

Mourinho kemudian mempersoalkan wartawan kerana tidak meminta reaksinya berkenaan ulasan Solskjaer.

"Jika saya yang berkata pemain A, B atau C dari kelab lain adalah anak saya, saya tidak akan memberinya makan malam atau seumpamanya, apakah reaksinya?

"Saya rasa amat menyedihkan anda tidak bertanya saya tentangnya. Ia amat menyedihkan anda tidak mempunyai kejujuran moral untuk melayan saya seperti anda melayan orang lain.

"Berkenaan isu itu saya hanya ingin katakan, Sonny amat bertuah kerana bapanya adalah orang yang lebih baik berbanding Ole.

"Kerana saya merasakan seorang ayah, saya adalah seorang ayah, akan sentiasa memberikan anaknya makanan tanpa mengira apa yang mereka lakukan. Jika anda perlu mencuri untuk memberi mereka makanan, anda akan mencuri," kata Mourinho.

- AFP SUMBER-BH ONLINE

No comments:

Post a Comment