Ad

Thursday, 8 April 2021

Suhaimi Idam kecewakan KDA FC

Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.



SUHAIMI setakat ini mempamerkan aksi cemerlang. FOTO TFC

Kuala Terengganu: Penjaga gol baharu Terengganu FC (TFC), Mohd Suhaimi Husin mahu pastikan rangkaian penyerang skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 'gigit jari' di laman mereka apabila bertembung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu juga mahu membalas kepercayaan jurulatih dengan memperagakan aksi cemerlang untuk merakam kemenangan pertama bersama skuad itu selepas dua perlawanan terdahulu berakhir dengan keputusan seri.

Bagaimanapun bekas pemain Terengganu FC II (TFC II) yang dinaikkan 'pangkat' sebagai penjaga gol utama skuad TFC selepas ketiadaan Rahadiazli Rahalim yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sedar bukan tugas mudah buatnya dan rakan sepasukan.Terutama sekali untuk menahan asakan penyerang berkualiti skuad Helang Merah diketuai bekas pemain TFC, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman.

Pemain yang dicungkil daripada pasukan Hanelang FC berkata, intensiti Liga Super yang tinggi berbanding Liga Perdana turut memaksanya bekerja lebih keras lagi untuk terus kebal di pintu gol.

"Kita tahu dua penyerang import skuad KDA FC itu cukup berbisa apabila berada di dalam kotak penalti, tapi sebagai benteng terakhir pasukan, saya sudah bersedia selain motivasi kian meningkat untuk mengelak pintu gol daripada dibolosi ditambah pula barisan pertahanan yang semakin baik.

"Lagipun ini peluang terbaik buat saya membuktikan kemampuan sebenar selepas diberi peluang beraksi bersama pasukan TFC sesudah tiga musim bersama pasukan TFC II dan semusim dengan T-Team," katanya yang berhasrat untuk kekal memegang jawatan penjaga gol utama TFC sebelum mengintai peluang menyarung jersi pasukan kebangsaanKetika aksi pertama bertemu PJ City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 April lalu, Suhaimi beraksi cemerlang apabila berjaya mengawal pintu golnya daripada dibolosi selepas terikat 0-0 manakala pada aksi keduanya bertemu Sri Pahang Selasa lalu berakhir dengan 1-1.Berdasarkan rekod pertemuan dengan skuad Helang Merah musim lalu di Alor Setar memihak kepada TFC apabila berjaya merakam kemenangan 4-3 dengan semua jaringan skuad Penyu itu disumbat bekas pemain importnya, Dominique Da Sylva.Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni di tangga keempat liga dengan mengutip 12 mata hasil tiga kemenangan menumpaskan UiTM FC (2-1), Selangor FC (3-1) dan Perak FC (2-0) manakala seri tiga kali.SUMBER- MH METRO ONLINEDisiarkan pada: April 8, 2021 @ 2:34pm

No comments:

Post a Comment